Berita PI 11 Januari 2020 - E-Learning (SPA & E-Recruitment)

12 Januari 2020 | Aktiviti Terkini

Pada Ahad – 11 Januari 2020, Pusat internet Lubok Antu telah mengadakan Kelas E-Learning yang disertai oleh 2 orang peserta yang terdiri daripada belia sekitar Lubok Antu. Kelas ini diadakan pada jam 1.00 petang hingga 5.00 petang bertempat di bilik latihan Pusat Internet Lubok Antu.

Dalam kelas ini, para peserta telah didedahkan dengan cara menggunakan website SPA dan E-Recruitment dalam memohon serta mengisi kekosongan jawatan semasa dalam pelbagai bidang. Selain itu, peserta telah diajar cara mendaftar akaun, mengisi data peribadi seperti yang dikehendaki dan memilih jawatan yang bersesuaian. Sebagai aktiviti tambahan, peserta telah diberikan ceramah ringkas serta ditayangkan video advokasi iaitu video Check Your Label.

Berikut merupakan butiran aktiviti pada hari tersebut:
1. Tayangan Video Advokasi (Check Your Label)
2. Taklimat Ringkas Advokasi
3. Pengenalan kepada SPA
4. Mengisi data dalam SPA
5. Pengenalan kepada E-Recruitment
6. Mengisi data dalam E-Recruitment
7. Bersurai

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali